a:hover {font-size: 22px; font-weight: bold;text-decoration: none;}

Isnin, 30 April 2012

Seorang Insan




Musuh utama manusia adalah dirinya sendiri,
Kegagalan utama manusia adalah kesombongannya.
Kebodohan utama manusia,
Adalah sifat menipunya.
Kesedihan utama manusia,
Adalah rasa iri hatinya.
Kesalahan utama manusia,
Adalah mencampakkan dirinya,
Dan orang lain.
Sifat  manusia yg terpuji adalah rendah hati,
Sifat manusia yang paling diuji adalah semangatnya,
Kehancuran terbesar manusia adalah putus asa,
Harta utama manusia adalah kesihatan.
Hutang terbesar manusia adalah sifat berkeluh-kesah,
dan tidak memiliki kebijaksanaan,
Ketenteraman manusia adalah,
Suka bersedekah dan beramal.
Segala pekerjaan mudah untuk dilakukan kecuali satu hal,
Memahami apa adanya tanpa mempersoalkan 'kekurangannya'.
Sebagaimana diri kita, demikian juga makhluk lain,
Sebagaimana makhluk lain, demikian juga diri kita.
Dengan memikirkan mereka, dengan membandingkan mereka,
Tidak seharusnya kita saling berselibertengkar,
Dan membunuh atau menyebabkan hal itu.
sih, 
 
Reply To This Comment '/>

!^!WaRnInG!^!



WARNING!!! 
assalamualaikum...BuaT PENGETAHUAN PARA SAHABAT SEMUA

1) *Penaklukan Baitulmuqaddis. *

*bersabda: Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah *

*'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' **Baginda menyebutkan
salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.'    *
- Hadith Sahih Bukhari *

~ perkara ni dah jadi dah... depan mata.... walaupun sekadar tengok di
berita perdana jam 8.00malam @ Al Jazeera.


*    *
*2) *Zina bermaharajalela. .

**'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan
seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka **inilah kiamat akan
datang..' - Hadith Sahih Muslim **

**~ perkara ni dah jadi dah... depan mata... kat mana mana ada perkara macam
ni. dah tahu malu lagi. kalau nabi Muhammad PBUH masih hidup, pasti baginda
sedih melihat kejadian ini. sebab bukan ini yang baginda inginkan dari
umatnya.
**



*3) *Bermaharajalela alat muzik.

**'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'.
Ada yang bertanya kepada Rasulullah; **
**'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah
bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi
² wanita' - Ibnu Majah
**
**~ perkara ni dah jadi dah... depan mata..... paling senang nak jumpa depan
television. adanya rancangan Akademi Fantasia, Malaysia Idol, artis
perempuan yang membawa imej muslimah... dan pelbagai lagi... ini tak
termasuk artis wanita yang macam perempuan nasrani dan yahudi.*


  *

*4)* Menghias masjid & membanggakannya.
 *
*'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam
mendirikan masjid' - Riwayat Nasai. **

**~ memang dah nampak dah... tak payah tengok kat luar negara, kat Malaysia
ni pun ada... masjeed cukup main besar, tapi tak ramai jemaahnya. tempat
yang ramai jemaah, sampai melimpah-limpah tak muat nak masuk buat solat
jumaat tak nak diperluaskan lagi masjeed tu. biasanya orang macam ni lebih
pentingkan, masjeed mana paling canggih... cantik.... *


*

*5) *Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak
baik. **


**'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak
perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang
buruk dalam **
tetangga.' - Riwayat Ahmad dan Hakim. **

**~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...... ada jugak bapak yang
tak ingat anak, suruh orang lain bela.... bila anak dah besar, tak payah
bela lagi, baru datang carik anak...*


  *

*6)* Ramai orang soleh meninggal dunia. **

**
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik&
ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang
hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari
kemungkaran'
 - Riwayat Ahmad **

**~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal... kalau yang ada ada ni
tak tahu komitmen dia yang sebenarnya, samada betul tanggungjawabnya untuk
kepentingan islam atau sekadar tempelan batuk di tangga..  **



*7) *Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. **

**'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh
Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina).. Maka orang yang paling baik
ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia' -
Riwayat Thabrani
**
**~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada.... *
*



*8) *Mengucapkan **salam** kepada orang yang dikenalnya sahaja.**

**'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia
tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya
saja.' - Riwayat Ahmad **

**~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa... *    *


**9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya **telanjang**. **

**Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat
ialah akan muncul pakaian
² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya

seperti telanjang'. **

**~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)... pakai kat
umah cukupla tunjuk kat laki, dapat pahala besar... ini siap tunjuk kat
orang.. nak tunjukkan betapa besar "lurah aku", betapa besar pinggul aku",
betapa ramping badan ku... betapa 'flat' perut ku .... etc... masyaAllah.
kan senang pakai baju kurung, nak duduk selesa, nak berjalan selesa, nak
buat ibadah umum (macam keluar bekerja mencari rezeki, pegi berniaga dan
jumpa orang, menghadiri majlis perkahwinan etc) pun selesa. apatah lagi
ibadah khusus (bersolat, tak nampakla kulit kalau telekung jarang, nak
berzikir pun seronok, sebab menutup aurat, sebab berzikir ni walaupun
pendek, tapi berulang kali memang ada kebaikannya, hanya Allah yang tahu,
bukan kita.)*
*



*10) *Bulan sabit kelihatan besar.

*'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(
membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani *

**~ tak caya gi tengok... atau tanya orang yang biasa dengan ilmu ini. pasti
mereka tahu.*

 *


*11) *Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. **

**'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari
mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim **

**~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah
² yg popular
skarang nie....... macam macam kan ....*
*


*12)*Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. **

**'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu
.......
& disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad **

**~ tengok kes peperangan Iraq ... soheh serta sah nampak, tapi kita atau
orang yang sepatutnya ..... buat tak tahu jek....*    *



*13) *Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. **

**'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang
rumput & sungai
²' - Sahih Muslim **

**~ Dubai dah turun salji... Mina (tempat orang buat haji- bersihkan dosa)
dah kene banjir....*

*TOLONG FORWARDKAN KEPADA TEMAN
² LAIN! *


*Dari Abdullah bin 'Amir r..a., Rasulullah s.a.w....bersabda: *

*'Sampaikanlah pesanku biarpun...
1 ayat...'* .





 .

Reply To This Comment '/>

BaLa dIaTaS 15 pErKaRa






Maksud hadis :
"Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda:
"Apabila umatku telah membuat lima belas pekara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu :

1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami yang menuruti kehendak isteri.

5. Anak derhaka kepada ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)

13. Para artis disanjung (menjadi pujaan).

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan di ubah menjadi makhluk yang lain." H.R. Tarmizi.

Dipetik daripada buku 40 hadis Peristiwa Akhir Zaman, Siri Pertama, susunan : Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi.




Reply To This Comment '/>

Ahad, 29 April 2012

EnGkAU MeMaNg cAnTiK







Duhai kaum Hawa…pernahkah kau tahu yang Engkau Memang Cantik(EMC)...DAN

EMC selagi kau menutup malu,
EMC selagi kau memelihara adab,
EMC selagi kau menjaga aurat,
EMC selagi kau menjaga batas,
EMC selagi kau waras berhias,
EMC selagi kau bersifat Fitrah,
EMC selagi kau pantang menyerah,
EMC selagi kau terus bersolat,
EMC selagi kau lurus bertaubat,
EMC selagi kau jujur berilmu,
EMC selagi kau suami tak jemu,
EMC selagi kau terus membaca Al Quran,
EMC selagi kau beradab sopan,
EMC selagi kau kasih ibu bapa,
EMC selagi kau mendidik keluarga,
EMC selagi kau pandai bab rumah,
EMC selagi kau gemar beribadah,
EMC selagi kau sabar dan tenang,
EMC selagi kau menegakkan Islam,
EMC selagi kau mencegah kemungkaran,
EMC selagi kau suka kebajikan,
EMC selagi kau berniatkan Tuhan,
EMC kerana kau seindah Islam…



Akhir kata EMC selagi kau redha menerima Islam sebagai satu-satunya cara hidup kerana inilah satu-satunya jalan yang memandu arah dan tujuan.Oleh itu,katakanlah kepada dirimu sendiri “Engkau Memang Cantik selagi kau tampak cantik dalam bingkai cermin berbunga dari kamar bernama Iman”…




Reply To This Comment '/>