Perasaan yang super duper hebat bila bersama mereka. Mungkin itulah ‘power of ukhuwwah’ kan. Bila bersahabat atas dasar akidah dan iman, maka hasilnya ialah perasaan ‘kasih’ kepada sahabat melebihi perasaan ‘kasih’ kepada diri sendiri. Umpama sahabat- sahabat ini berkongsi jiwa yang satu dengan kita. Tak boleh dipisahkan.
Saya kasih pada sahabat saya. Mengapa?
1. Kerana mereka bersahabat dengan saya kerana siapa saya. Tak kira la se’excited state’ or seriang ria kanak- kanak ribena macam mana pun saya, mereka masih menerima saya menjadi sahabat mereka.
2. Super gembira dan super sedih macam mana pun, saya akan ingat Allah. Kerana mereka mengingatkan saya kepada Allah. That’s why I love them.
3. Bersama- sama sahabat, saya belajar banyak perkara baik. Saya dapat macam- macam ilmu. Tak kira la kat mana pun. Dalam kelas, meeting, bulatan gembira, program, kedai makan, rehlah, even otw nak p meeting pon, I learn something good from them.
4. Sahabat- sahabat saya adalah keluarga saya disini. Sakit saya mereka jaga, susah saya mereka tolong, gembira saya mereka kongsi.
5. Mereka sentiasa menasihati dan menegur saya supaya saya jadi manusia yang super duper triper hebat!
Kasih saya pada sahabat- sahabat saya, hanya Allah yang dapat nilai. Kerana hanya Allah saja yang tahu keihklasan saya menerima mereka sebagai sahabat saya dunia akhirat.
Syukur kepada Allah, kerana memilih saya untuk berada dalam proses tarbiyyah ini. Sekaligus mengurniakan sahabat- sahabat sefikrah yang dapat menegur dan menasihati andai diri ini tersasar.
Saya sayangkan sahabat- sahabat saya melebihi diri ini. Moga redha Allah mengiringi persahabatan kami selamanya. InsyaAllah.
Ukhuwwah fillah Abadan abada.
“ANA KASIH ANTUM SEMUA” [copied from my sahabat]
terima kasih,..
BalasPadamnice share,..
salam kenal Produsen Mukena Prada