a:hover {font-size: 22px; font-weight: bold;text-decoration: none;}

Sabtu, 25 Disember 2010

PeRiNgAtAn bUaT Mu mUsLiMaH






perkonsian dari ukhti fillah

1.    Ada yang pakai tudung singkat.

Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2.    Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek.

Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu.

3.    Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat

Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk punggung pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4.    Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat

Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat.

Macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin..

6.Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian.

Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi .

7. Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula.

'Merendek' dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi.

Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

                                                                         perkongsian dri seorang sahabat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan